1.2 En Md Yakin mengucapkan salam dan selamat datang kepada Ybhg Al Fadil Tuan Hj. Hamzah Madan kerana kesudian beliau datang merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Seterusnya pengerusi juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada barisan AJK yang selama ini bekerjasama bertungkus lumus bersama beliau untuk memastikan perjalanan pertubuhan lancar dan teratur. Tidak lupa pengerusi berterima kasih atas kesudian ahli-ahli khairat dari 3 taman perumahan yang hadir pada pagi ini bagi memberi sokongan kepada mesyuarat. 1.3 Dalam ucapan aluannya, En Md Yakin turut melahirkan rasa kurang seronok dengan jumlah kehadiran ahli-ahli meskipun mesyuarat diadakan pada hari minggu iaitu hari cuti umum bagi kebanyakan ahli.
Beliau turut menyentuh perihal kutipan khairat yang agak perlahan. Bagaimanapun beliau menasihatkan kepada pemungut-pemungut khairat agar menganggap ini adalah cabaran bagi mereka dan mereka akan terus bersemangat untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Sekaligus pengerusi amat berharap, ahli-ahli yang masih gagal membuat bayaran wang khairat, agar dapat berbuat demikian dengan kadar segera ataupun mana-mana ahli yang bermasalah, boleh datang berbincang dengan barisan AJK khairat untuk mencari titik penyelesaian. 6.1 Pn Timah bertanya hal kenaikan faedah khairat. Pengerusi majlis, Tn Hj Jamaludin mewakili pengerusi khairat menjawab; perkara kenaikan ini telah dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat AJK baru-baru ini dan pihak AJK sebulat suara memutuskan sebarang kenaikan faedah khairat hanya akan dibahas/usul setiap 2 atau 3 tahun sekali. Ini untuk membolehkan AJK menilai prestasi kewangan semasa khairat serta prestasi keberkesanan kutipan khairat.
Hal ini penting untuk memastikan kewangan khairat sama kukuh dengan keberkesanan kutipan khairat. Ahmad Alwee Abd. Ghani mengusulkan kenaikan jumlah pembayaran wang khairat kematian daripada RM1500.00 ke RM2000.00. Beliau berpendapat dengan kewangan yang ada sekarang, pertubuhan dirasakan mampu menambah jumlah wang khairat seperti yang diusulkan. Pengerusi berpendapat kenaikan tersebut agak tinggi jika difikirkan kesannya jika berlaku kematian mengejut yang melibatkan jumlah yang ramai. Mengambil contoh andainya berlaku kemalangan kereta yang melibatkan 1 keluarga terdiri dari 5 orang maka sudah tentu pertubuhan perlu mengeluarkan sejumlah RM10,000.00 peruntukan wang khairat.
Memang jika kutipan dijalankan maka pertubuhan akan berkemampuan untuk membayar malah akan mendapat lebihan wang. Cuma kita tidak dapat menjangkakan adakah kutipan dapat dijalankan dengan lancar sehingga mencapai kutipan sekurang-kurangnya 50 ke 60%. Yusof Zakaria selaku bendahari pula, pertubuhan tidak sama sekali bermaksud untuk mengumpul sebanyak mungkin wang khairat tetapi perlu menguruskan kewangan pertubuhan dengan mengekalkan belanjawan berimbang. Justeru kelakpertubuhan tidak akan ada masalah jika berlaku musibah kematian dalam angka yang besar.
1.2 Sebagai mantan setiausaha, beliau dapati pentadbiran pertubuhan kini menjadi lebih baik, tersusun dan kemaskini. Beliau turut memaklumkan setiausaha baru juga telah berjaya membina laman blog pertubuhan yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan oleh ahli-ahli seperti melihat senarai penuh ahli-ahli pertubuhan khairat, senarai AJK, borang keahlian dan dokumen penuh perlembagaan.
Semua maklumat ini boleh dimuat turun melalui laman blog tersebut. Laman blog tersebut boleh dicapai melalui alamat sesawang berikut: http://pertubuhankhairatdankematian.blogspot.com.
6.6 Usul 6 – Tn. Mohd Sharif (penasihat pertubuhan) mencadangkan agar ‘Notis Peringatan’ kepada ahli yang tidak membayar wang khairat diberi kelonggaran dengan tidak membatalkan keahlian mereka. Setiausaha menjawab perkara tersebut adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan pada Fasal (5) Perkara (4): Mana-mana ahli yang gagal membayar wang pertaruhan/wang khairat setelah berlaku kematian, boleh dilucutkan keahlian mereka berdasarkan Fasal (5) Perkara (4) tersebut. Bagaimanapun setiausaha memaklumkan atas budi bicara AJK, tindakan pada Fasal ini belum pernah dikenakan kepada mana-mana ahli yang gagal membayar wang khairat pada tempoh yang diberikan.
Surat amaran ini memberikan tempoh selama 14 hari untuk ahli tersebut membayar segala tunggakan atau hutang yuran tahunan dan yuran khairat. Mengambil contoh.
6.9 Usul 9 – Bendahari pertubuhan, Tn. Mohd Yusof mengusulkan agar pertubuhan khairat menubuhkan satu koperasi khas untuk ahli-ahli. Keuntungan daripada koperasi ini bolehlah disalurkan kepada pertubuhan khairat dan kepada ahli-ahli sendiri dalam bentuk dividen dan bonus. Koperasi akan menumpukan kepada perniagaan teras iaitu menyediakan kelengkapan pengkebumian jenazah. Cadangan yuran kemasukan adalah RM10.00 sahaja seumur hidup manakala saham minima adalah RM20.00.
Usul ini menerima sokongan majoriti ahli pertubuhan khairat. 7.2 Berbalik kepada Laporan Penyata Kewangan, dividen daripada pelaburan ASB yang tidak dikenakan zakat hendaklah ditukarkan kepada pelaburan sama ada di Bank Islam atau Tabung Haji yang secara automatik telah ditolak wang zakat. Keputusan mesyuarat agung menetapkan pelaburan masih boleh diteruskan dalam akaun ASB manakala wang zakat sebanyak 2.5% setahun itu akan dibayar sendiri oleh pertubuhan khairat. Bendahari juga memaklumkan kepada ahli-ahli bahawa bukanlah menjadi kesalahan kepada pertubuhan melabur wang mereka menerusi pemegang-pemegang amanah yang dilantik berdasarkan pertuntukan perlembagaan Fasal (17) Perkara (1). AKTIVITI - 2019 JANUARI 13HB - Pertemuan dan perbincangan antara SU baru dan SU lama serta penolong SU.
Penyerahan dokumentasi pertubuhan. 24HB - Serahan dokumen hardcopy Pertubuhan ke Pejabat Pendaftar Negeri Sembilan (Tingkat 6) oleh Bendahari En. Yusof 25hb - Pertukaran setiausaha telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar lewat email yang dihantar oleh E-Roses 31HB - Mesyuarat AJK kali Pertama. Bertempat di Surau Taman Seri mawar 1. Jam 9.00 mlm FEBUARI - tiada - MAC - APRIL - MEI - JUN - JULAI - OGOS - tiada.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011 Assalamualaikum w.r.t. Tuan2/Puan2 yang terbaca post ni, adik saya baru saja menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran, dan pada tahun ini, JAKIM tidak memberi sebarang peruntukan untuk majlis khatam Al-Quran mereka. Jadi, jika tegerak hati tuan/puan untuk memberi sumbangan, sila lah teruskan membaca kandungan surat rasmi daripada pelajar-pelajar Darul Quran yang akan menjalankan majlis ini tidak lama lagi. Selain daripada memberi sumbangan/derma ikhlas, tuan/puan juga boleh menjelaskan zakat harta yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam.
Terpulanglah, ini semua bergantung kepada keikhlasan hati masing-masing:) Syukran:D Berikut merupakan isi kandungan surat tersebut: Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM akan mengadakan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2011. Butiran maklumat program adalah seperti berikut: Tarikh: 16 April 2011 (Sabtu) Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari Tempat: Kompleks Darul Quran JAKIM 3. Program ini diadakan untuk meraikan bakal graduan Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM sesi 2010/2011 yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran mereka.
Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, anggaran perbelanjaan program tersebut adalah sebanyak RM 9,270. Bersama surat ini saya sertakan implikasi kewangan bagi majlis tersebut (Sila rujuk lampiran 1). Oleh itu, pihak kami amat memerlukan sumbangan kewangan bagi menampung kos pembiayaan program tersebut.
Besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak Tuan/ Puan sudi untuk menghulurkan sebarang sumbangan dan bantuan bagi memastikan program ini berjalan lancar. Sumbangan pihak Tuan/ Puan bolehlah disalurkan melalui Cek / Draf Bank / Kiriman Wang atas nama: FARIS BIN MOHD NASIR UNIT TAJAAN DAN SPONSOR MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011 INTELLECTUAL QURANIC GENERATION CLUB (IQRaC) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN (PERKEMAT DQ) NO AKAUN: 05 (MAYBANK) 5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: Saudara Zuhair bin Muhammad Asri (0) Saudara Faris bin Mohd Nasir (0) Saudari Nurdiyana binti Zwlkifli (0) Saudari Siti Nurain binti Mahayuddin (0) 6. Segala kerjasama, perhatian dan sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga apa yang kita usahakan akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih. “HUFFAZ PROFESIONAL PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH” Yang menjalankan tugas, (ZUHAIR BIN MUHAMMAD ASRI) Pengarah Program, Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2011, Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC), Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ). IMPLIKASI KEWANGAN MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011 BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH 1. Teknikal & Persiapan I. Persiapan dewan dan pentas II. Bunga telur III.
Bunga manggar RM 2000 x 1 RM 50 x 3 RM 10 x 2 RM 2000 RM 150 RM 20 2. Penerbitan & Informasi I. Percetakan Buku Majlis Khatam: Pensyarah Tasmi’ Ibu bapa VIP RM 15 x 20 RM 15 x 100 RM 20 x 50 RM 300 RM 1500 RM 1000 3. Cenderahati: I.
Pelajar yang diraikan II. Ibu bapa III. Pensyarah tasmi’ IV. Pemain kompang VII. Pembawa bunga manggar Bunga rosette I. Pelajar yang diraikan II.
Pensyarah Tasmi’ III. Pemain kompang V. Pembawa bunga manggar RM 5 x 100 RM 10 x 100 RM 10 x 20 RM 10 x 50 RM 10 x 10 RM 10 x 8 RM 10 x 2 RM 5 x 100 RM 5 x 20 RM 5 x 10 RM 5 x 8 RM 5 x 2 RM 500 RM 1000 RM 200 RM 500 RM 100 RM 80 RM 20 RM 500 RM 100 RM 50 RM 40 RM 10 4. Persegaran: I. Sarapan & minum pagi RM 2 x 200 RM 400 5. Tugas-tugas Khas: I. Kain jubah pensyarah RM 40 x 20 RM 800 JUMLAH KESELURUHAN.
Surat Lestari 1 ) SURAT MPTI Ruj.Tuan: Ruj.Kami:SMK.HM.Pk/SL(1) Tarikh: 6HB OKT 2011 Kepada, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, 36000 Teluk Intan Perak Tuan, Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih sebagai Sekolah Lestari oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberikan sumbangan kepada pihak sekolah ini terutamanya sumbagan membekalkan beberapa jenis pokok-pokok dan bunga-bunga bagi menjayakan usaha untuk program penghijauan persekitaran kawasan sekolah.Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang ingin pihak sekolah mohon adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran. Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Daripada:. Ruj.Tuan: Ruj.Kami: SMK.HM.Pk/SL(1) Tarikh: Pengetua, SMK Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. (U.P: ) Tuan, SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012 Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini pihak kami bersetuju/tidak bersetuju untuk memberikan sumbangan seperti yang dipohon oleh pihak tuan.
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan. Sekian, terima kasih Yang benar, LAMPIRAN Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang diperlukan BIL JENIS POKOK DAN BUNGA KUANTITI 1 JARUM 40 2 YTT(YESTERDAY,TODAY,TOMORROW 40 3 BUCIDA 10 4 RUELLIA 20 5 FOX (EKOR MUSANG) 10 6 KESENAI 5 7 BUNGA KERTAS 30 8 MERAWAN SIPUT JANTAN 20 9 TIARA PAYUNG 20 10TANJUNG 30 2) SURAT RASMI LESTARI Ruj.Tuan: Ruj.Kami:SMK.HM.Pk/SL(1) Tarikh: Kepada, Tuan, Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar bagi membiayai kos Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar). Sumbangan pihak tuan dalam bentuk kewangan boleh dibuat dalam bentuk wang pos/cek/tunai kepada KOPERASI SM HUTAN MELINTANG BHD,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang,Perak.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Daripada:. Ruj.Tuan: Ruj.Kami: SMK.HM.Pk/SL(1) Tarikh: Pengetua, SMK Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. (U.P: ) Tuan, SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012 Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini kami Ingin memberikan sumbangan seperti di bawah: ( ) Tunai bernilai RM ( ) Cek bernilai(No.Cek.) RM 2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan. Sekian, terima kasih Yang benar, 3) SURAT TERIMA KASIH Ruj.Tuan: Ruj.Kami:SMK.HM.Pk/SL(1) Tarikh: 16HB OKT 2011 Kepada, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, 36000 Teluk Intan Perak Tuan, Merujuk perkara di atas,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan atas sumbagan pokok dan bunga yang pihak kami terima baru-baru ini. 2.Justeru dengan sumbangan yang telah pihak kami terima daripada pihak Majlis dapat membantu menjayakan Program Sekolah Lestari.
Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Sumbangan BUNGA dan POKOK DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN KEPADA SMK HUTANMELINTANG UNTUK MENJAYAKAN SEKOLAH lESTARI PADA SMK HUTAN MELINTANG 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUA. Ain Salsabila binti Jamaludin, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif, ADUN Kawasan Dengkil, Rumah Hijau, KM 4.5 Jalan Banting – Dengkil, Sepang, Selangor. 3 November 2014 Y.Bhg. Dato’, PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN LAMAN SESAWANG BAGI TAMAN DESA SENTOSA, TERAS JERNANG SELANGOR.
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan projek penubuhan laman sesawang bagi Taman Desa Sentosa yang terletak di Teras Jernang Selangor. Projek penubuhan laman sesawang ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendaftar Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat sebagai salah satu kursus Citra Wajib. Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini. Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini. Kerjasama Y.Bhg. Dato’ bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.
(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN) Miss A at 7:24 AM. Sumbangan Untuk Bantuan Pembinaan Surau SK Batang Benar Assalamualaikum, SK Batang Benar memerlukan bantuan kewangan/PA System/Karpet untuk surau mereka. Mohon sumbangan rakan-rakan semua:) Info ada dibawah ni. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN / PA SYSTEM / KARPET UNTUK PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN MENGIMARAHKAN SURAU AL-RAUDHAH SK BATANG BENAR Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Batang Benar sedang melaksanakan Projek Penambahbaikan dan Mengimarahkan Surau Al-Raudhah SKBB. Anggaran perbelanjaan projek tersebut ialah sebanyak RM 10,800.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Lapan Ratus Ringgit Sahaja).
Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan berbentuk kewangan, PA Sistem ataupun karpet bagi membantu menjayakan projek yang telah dirancang. Sumbangan pihak tuan bolehlah disalurkan seperti butiran di bawah: NAMA PENERIMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR NAMA BANK: MAYBANK BERHAD CAWANGAN MANTIN NO. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Noor Izzuddin Mat Zain ( ) di talian 0. Segala sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan ke arah menjayakan usaha murni ini amatlah kami hargai dan pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
‘Usia Akan Berakhir, Pastikan Pahala Terus Mengalir’ June 15, 2012 at. MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PESAKIT Rujukan kami: KPT 02/01/01-X47/2010/2011 (39) Tarikh: 21 Jamadil Awwal 1432H Bersamaan: 25 April 2011M Kepada:- Assalamualaikum wrt.
Tuan/Puan/Dato’/Datin, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PESAKIT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman pihak tuan/puan, salah seorang mahasiswa Terengganu di Mesir yang bernamaNoorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor, nombor kad pengenalan 9011 dan nombor pasport A19074465 telah disyaki mengalami penyakit Guillian Barre Syndrome (GBS) yang menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan di Hospital Pakar Universiti Ain Shams selama beberapa hari. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak hospital, kos rawatan penyakit beliau mencecah LE 17,000 (RM 8,500) dan berkemungkinan nilai tersebut akan meningkat.
Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, maklumat pengajian, resit pembayaran dan lain-lain maklumat yang berkaitan. (Rujuk lampiran) 5. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun HSBC bernombor08 atas nama Noorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor atau boleh berhubung terus dengan bapa beliau; Hj. Mohd Noor bin Mamat di talian +5.
Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH” “BERILMU DAN BERAMAL” Yang menjalankan tugas, t.t. (ABDULLAH HARIS BIN ZAKARIA) Setiausaha, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir, Sesi 2010/2011.
– Yang Dipertua KPT Mesir - Fail. Contoh Surat Mohon Sumbangan Surat mohon sumbangan adalah salah satu jenis yang memerlukan pendahuluan yang baik.
Susunan kata-kata yang baik dan menarik haruslah digunakan. Peranan surat mohon kutipan derma ini adalah untuk mendapat simpati si pembaca khasnya. Isi kandungan surat ini perlulah mempunyai rangka yang kukuh dan sesuai digunakan untuk surat jenis mohon dana sumbangan. Contoh surat mohon sumbangan ini adalah salah satu contoh surat memohon sumbangan derma atau dana.
Hj Ayob Bin Abu Seman A14,Kg ulu Sena,06740 kuala nerang,kedah 15 Oktober 2018 Tuan Pegawai, Hj Non Hanifah Bin Hj Adam Kg Batu Hampar,lorong jawa 01455 simpang kuala alor star kedah. Tuan, Per: Mohon Sumbangan Derma Saya menulis surat mohon sumbangan ini sebagai wakil daripada kampung ulu Sena.
Sebagai penduduk dan juga wakil kampung, saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kebajikan kampung dan membantu penduduk yang menghadapi masalah. Hari ini saya ingin menjemput tuan untuk bersama-sama didalam kempen kutipan derma.
Ianya adalah bertujuan membantu mangsa banjir lumpur yang telah menjejaskan kehidupan penduduk di kampung ulu sena. Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir lumpur dan merosakkan beberapa buah rumah penduduk,penduduk amat memerlukan bantuan segera. Inilah sebab kami mengadakan kempen kutipan derma ini. Kami akan menggunakan dana sumbangan ini bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk seperti makanan,pakaian dan membantu membaiki rumah meraka. Dengan itu,saya amat berharap tuan akan mempertimbangkan untuk hadir ke kempen kutipan derma kami. Dana sumbangan itu akan digunakan secara berhemah dan untuk tujuan yang murni. Sekian,terima kasih Yang Benar.
Hj Ayob Bin Abu Seman. PERUNTUKAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 10/11 Salam Ceria buat semua mahasiswa/wi yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah,hari ini dimulakan dengan sebuah kehidupan yang terasanya sebuah perjuangan yang semakin hari semakin mencabar. Hari ini,permulaan gerak kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 dengan mengadakan perbincangan bagi mengira peruntukan yang diperlukan oleh pihak pentadbiran HEP. Alhamdulillah, surat permohonan peruntukan tersebut adalah seperti dibawah:- Ruj: (SRT/SU/MPM/INS) 10/11 (02) Tarikh: 11/OKTOBER/2010 Tuan Haji Abdul Latif Bin Din (AMK, BCK) Bendahari, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Melalui, ZOLKEFLI BIN OTHMAN Dekan, Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Universiti Insaniah. Memohon Peruntukan Kewangan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2010/2011 Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu, majlis perwakilan mahasiswa (MPM) sesi 2010/2011 memohon peruntukan kewangan daripada jabatan bendahari bagi melicinkan pergerakkan majlis perwakilan mahasiswa bermula (11Oktober2010 sehingga 31Disember2010) sebanyak RM 25300.00 3. Bersama ini, dilampirkan senarai pendek program-program yang akan dijalankan mengikut perancangan yang telah disediakan.
Justeru itu, pihak kami amatlah berharap agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini untuk diluluskan. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira. Sekian, terima kasih. “Bersama Menjulang Thaqafah, Menuntut Amal, Mencetus Perubahan” Yang menjalankan tugas, MOHD FAIZ BIN MOHD ARSHAD Presiden, Majlis perwakilan mahasiswa (MPM)10/11 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alhamdulillah,peruntukan berjaya diperolehi dan ini adalah peruntukan yang terbaik untuk Majlis Perwakilan Mahasiswa melaksanakan program untuk pengisian kerohanian semua mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah. Justeru,saya menyeru pada semua mahasiswa/wi untuk melibatkan diri dengan proaktif dalam semua program-program Majlis Perwakilan Mahasiswa yang akan diadakan nanti. Akhir kalam,semoga kita semua diberi rahmat oleh Allah taala dalam berjuang di jalan Allah. Sekian, Terima Kasih.
Assalamualikum, Y.Bhg. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dengan rendah dirinya saya sebagai wakil (Pengerusi PPTIPM) penduduk taman Pulai Indah Merlimau Melaka, ingin memohon derma ikhlas daripada Y.Bhg.Tan Sri untuk melengkapkan peralatan Surau kami yang masih di dalam pembinaan, Tiada tandas, tiada carpet dan sebagainya.
Diharap dengan kemurahan hati Y.Bhg.Tan Sri akan bertambah makmurlah segala apa yang di lakukan. Wassalam Mustapa 0 Reply eddy on August 2, 2006 at 6:29 pm Kami dari penduduk Taman Setiawangsa ingin meminta jasa baik Tan Sri untuk menjayakan projek Pengawal keselamatan (guard house) di kediaman kami,ini kerana sejak kebelakangan ini sering terjadi rompakan,pecah rumah,dan samun. Oleh itu saya mewakili penduduk di sini ingin meminta bantuan dari tan sri,seperti pondok pengawal dan peralatan keselamatan.
Diharapkan,mesej ini tidak diabaikan. Kami mengucapkan berbanyak-banyak teriam kasih sekiranya tan sri boleh membantu dari segi kewangan,agar mudah bagi kami menjalankan rukun tetangga disekitar kediaman kami. Sekian Terima Kasih. : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kepada: Yang Berkenaan, semoga dirahmati Allah SWT.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KELAS TAHFIZ Saya, Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum mendoakan Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sentiasa di dalam lembayung kasih Allah SWT, dilimpahi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia sehinggalah ke akhirat. Kami berusaha sehabis tenaga membina dan menguruskan sekolah ini dengan seribu harapan untuk melahirkan generasi yang hafiz Al Quran, usaha yang getir dan penuh cabaran ini alhamdulillah berhasil berkat doa sokongan insan-insan yang prihatin. Pihak kami telah membeli sebidang tanah seluas 3 ekar di Bandar Seremban dan berusaha keras untuk mendirikan sebuah bangunan lengkap dengan surau, kelas, dewan dan asrama dengan anggaran kos RM 4.5 juta.
Setakat ini pihak kami baru dapat mengumpulkan dana sekitar RM 300,000. Kami rasa betapa kelemahan dan kemampuan kami yang amat terhad. Kepada Allah kami mengadu betapa rindunya hati kami untuk melihat sekolah ini terbina.
Juga kepada Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan yang sudi mendengar keluhan kami untuk bersama membantu kami mendirikan sekolah tahfiz ini. Di ruang ini, kami dengan rasa rendah hati memohon simpati pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sekiranya ada sedikit sumbangan untuk sekolah Tahfiz ini, pihak kami hanya mampu mendoakannya semoga Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sentiasa menjadi insan pilihan kekasih Allah SWT. Bersama ini kami sertakan bersama Profil ringkas SRII Tahfiz Darul Ulum untuk pemerhatian pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Besarlah harapan kami kepada pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sudi membantu kami demi cita-cita murni ini. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan, kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih. Kami mendoakan pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sekeluarga mendapat keberkatan Allah SWT dan bahagia di sepanjang kehidupan dunia dan akhirat. Sekian dan terima kasih. ‘BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL’ MOHD KHAIRI ZAINUDDIN Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum. MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN Biro Sukan dan Kebudayaan Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa Pekan Batu Enam,Jln Kelantan 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,.
Tuan/Puan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN Merujuk perkara diatas,kami dari biro sukan dan kebudayaan akan menganjurkan satu Kejohanan Futsal Piala Mudir darul Taqwa dalam usaha untuk mengumpul kembali pelajar lepasan darul taqwa dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli, Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut, Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran kewangan kejohanan futsal piala mudir. Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan sanjungi.
Sekian, terima kasih Yang benar, (MOHD MAHYUDDIN BIN YUSUF) Setiausaha, Kejohanan Futsal Piala Mudir Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa Sesi 2009 s/k: Presiden PLPDT Pengarah Program. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH 1. URUSAN SETIAUSAHA RM 50.00 2. PERHUBUNGAN RM 100.00 3. CENDERAHATI RM 700.00 4. PADANG BOLA RM 600.00 5.
BANNER RM 100.00 6. PERBEKALAN RM 100.00 7. TUGAS-TUGAS KHAS RM 100.00 8. PENGAWASAN RM 150.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN PROGRAM 'BEGHOLEK GODANG' SENI RUPA MALAYSIA SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu Kikir (Model Khas) akan mengadakan program 'Begholek Godang' Seni Rupa Malaysia bagi memberikan pemantapan pengetahuan mengenai ilmu Seni Visual kepada pelajar-pelajar di Negeri Sembilan melalui pameran hasil kerja pelajar terpilih: Tarikh: 28 dan 29 September 2010 (Selasa dan Rabu) Masa: 9.00 – 5.00 petang Tempat: Dewan Za'ba, SMK Batu Kikir (Model Khas) 3.
Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan sumbangan ikhlas agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atas nama BENDAHARI PIBG SMKBK. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah. Surat Rasmi: Permohonan Nurul Hidayah Bte Mustapha Blok 404, Canberra Link #05-126 Singapura 751404 2 April 2009 Ahli Jawatankuasa Majlis Bandaraya Utara Singapura 606 Woodlands Civic Centre #06-198 Singapura 730606 Tuan PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN KEWANGAN ' Merujuk kepada perkara di atas, ingin saya nyatakan bahawa saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian saya sekeluarga. Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita sedang menghadapi kemelesetan dan kegawatan ekomomi dan telah menjejas kehidupan seharian ramai keluarga yang berpendapatan rendah. Keluarga saya turut terjejas.
Saya perlukan bantuan ini kerana pertama sekali bapa saya selaku pencari nafkah utama telah dibuang kerja. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan baru namun setakat ini usaha beliau tidak membuahkan hasil. Ibu saya pula tidak dapat keluar bekerja kerana beliau menghidapi penyakit ginjal. Beliau harus menjalani rawatan dialisis yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Beliau hanya setakat bisa membuat epok-epok dan menjualnya tetapi hasil yang diperolehi tidak mencukupi. Saya mempunyai lima orang adik-beradik yang masih menuntut ilmu. Kami mempunyai masalah membayar yuran persekolah kami, apatah lagi membeli perkakas sekolah seperti buku latihan. Saya terpaksa keluar mencari kerja sambilan untuk membantu namun ianya tidak mencukupi. Saya harap permohonan ini diluluskan oleh pihak tuan.
Sekian, terima kasih. Yang Benar, Nurul Hidayah. MOHON BANTUAN BAGI MENERUSKAN PENGAJIAN ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN Tuan/Puan MEMOHON BANTUAN KEWANGAN BAGI MENAMPUNG PENGAJIAN. Dengan Segala Hormatnya Perkara Di Atas Adalah Dirujuk Sukacita Dimaklumkan, Bahawa Saya MIN YAHYA, No.
Passport: N0901808, No. Metrik Card: AN562, ( Nama Penuh Saya Ialah Yahya Al-Amin Al-Hafiz, Saya Telah Menghafal Al-Quran Sejak Umur 12 Tahun Dan Mengambil Masa 11 Bulan Untuk Mengkhatamkan Al-Quran ) Adalah Pelajar Tahun Satu Dalam Bidang Ijazah Sarjana Muda The Science Of Al-Quran Di Al-Madinah International Unversity (MEDIU). Saya Merupakan Pelajar Dari Negara Kemboja Dan Saya Melanjutkan Pengajian Di Universiti Ini Adalah Dibawah Tanggungan Sendiri. Untuk Makluman Kepada Pihak Tuan/Puan, Anggaran Jumlah Yuran Pengajian Saya, Termasuk Sewa Rumah & Perbelanjaan Harian, Saya Memerlukan Sekurang-Kurang Nya RM 1000 Sebulan, Buat Masa Sekarang Saya Masih Lagi Ada Kekurangan Dan Memerlukan Bantuan Dari Pihak Tuan/Puan, Semoga Saya Dapat Meneruskan Pengajian Di Universiti Ini, Memandangkan Orang Islam Di Kemboja Sangat Kurang Alim Ulama. Oleh Sebab Itu, Saya Ingin Memohon Jasa Baik Dari Pihak Tuan/Puan Agar Dapatlah Kiranya Menghulurkan Bantuan Kepada Saya Mengikut Kemampuan Tuan/Puan Demi Saya Dapat Meneruskan Pengajian Di Universiti Ini. Bantuan Atau Sumbangan Kewangan Tuan/Puan Boleh Disalurkan Melalui Akaun Maybank Atas Nama: MIN YAHYA, No. Akaun ( 1627 3108 0955) Atau Hubungi Saya Saya Memohon Maaf Sekiranya Surat Ini Mengganggu Ketenangan Pihak Tuan/Puan.
Segala Kerjasama Dan Pertimbangan Yang Diberikan Dari Pihak Tuan/Puan Amatlah Dihargai Dan Didahului Dengan Jutaan Terima Kasih. Sekian, wassalam Yang Benar, MIN YAHYA. Contoh surat mohon peruntukan dari YB ( Yang berhormat Adun) YB Tuan. PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBIAYAI PEMASANGAN WIRELESS SI SK.DAN 2 UNIT KOMPUTER. Adakah dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2 Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik Yang Berhormat Adun agar dapat meluluskan pertuntukan bagi membiayai rangkain tanpa wayar di. Untuk makluman pihak tuan sekolah ini ada memiliki kemudahan internet, walaubagaimanapun redius keluasan rangkaian internet tanpa wayar terhad disekitar makmal komputer sahaja.
Keperluan radius rangkaian yang luas penting untuk aktiviti pengajaran dan pebelajaran sesuai dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan genersi yang celik komputer. Manakala keperluan 2 unit komputer adalah untuk kegunaan pejabat pentadbiran dan bilik guru memandangkan komputer yang ada sekarang sudah rosak. Diharap Yang Berhormat Adun dapat meluluskan peruntukan tersebut demi kepentingan pedidikan Anggaran semua kos peruntukan adalah sebanyak RM45000 ( Empat Ribu Lima Ratus Sahaja).Kertas kerja adalah seperti lampiran 1 berkembar. Keperihatinan dan jasa baik pihak YB Tuan amat-amat dihargai. Sekian, terima kasih. Surat Rasmi Mohon Peruntukan Dan Sumbangan Persatuan Penduduk Taman Sari, Taman Sari Indah, 44100 Sari, Selangor (Note: Sekiranya anda menggunakan kepala surat rasmi, tidak perlulah lagi nak letak nama dan alamat anda ya!) Tarikh: YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali, Laluan Utama, 44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Tuan, PEMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN BALAI SERBAGUNA Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Penduduk Sari Indah, Selangor sedang dalam proses menyiapkan Balai Serbaguna bagi kemudahan penduduk Taman Sari Indah.
Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan balai tersebut, kami memerlukan peralatan berikut: 1. Kerusi - 150 unit 2. Meja - 20 unit Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami membelinya sendiri. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta fungsi balai serbaguna Taman Sari Indah untuk kemudahan penduduk taman ini dalam menjalankan sebarang aktiviti. Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut: 1. Wang Tunai / Barangan: Terus kepada penama tandatangan di bawah atau Bendahari Persatuan.
Cek: Atas nama Persatuan dan diserahkan kepada penama tandatangan di bawah atau diposkan ke alamat di atas. Akaun Persatuan: Public Bank, akaun No. 3XXXXXX00 Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat. Haron Aziz Bin Shuip Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sari Indah Tel. Surat Permohonan Bantuan Kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKMM Nama Pemohon Alamat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No 3, Jln Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 10 April 2014 Tuan/Puan, PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN Merujuk maklumat yang tertera di atas bertarikh 10 April 2014. Dukacitanya saya seperti nama di atas, ingin memohon bantuan kewangan bagi tujuan penyaraan pendapatan keluarga untuk memenuhi keperluan asas kehidupan daripada pihak tuan atau apa-apa bantuan yang bersesuaian yang ada disediakan oleh pihak JKMM. Untuk makluman tuan, tujuan utama saya memohon bantuan kewangan ini adalah:- Meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna setelah putus mata pencarian akibat jatuh sakit jankitan kuman akibat diabetes sejak dari Januari 2014 yang lalu (Rujukan Laporan Doktor Pusat Perubatan Universiti Malaya) Sebagai tampungan dari kos perubatan dalam proses pemulihan dari sakit (Rujukan kad rawatan semasa) untuk ke arah hidup berdikari.
Sumber pendapatan semasa dari isteri saya adalah sebanyak hanya RM600 sebulan yang diperolehi dari hasil menjaga anak jiran menjadi sumber tunggal untuk kami meneruskan kehidupan harian. Manakala RM300 sebulan dari pemberian anak-anak adalah hanya menampung kos perubatan dari masa ke semasa sehingga pulih. Keadaan ini berlaku sejak saya jatuh sakit pada bulan Januari 2014 dahulu. Segala wang simpanan telah habis digunakan dalam masa 3 bulan kebelakangan ini untuk proses rawatan, bil dan ubat-ubatan.
Saya sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi (Rujukan: Pas Kerja) di Persatuan Jurupandu Usahawan (P.J.P.U) KLIA. Purata pendapatan sebelum saya terlantar sakit adalah sebanyak kira-kira RM2500.00 sebulan.
Tetapi sejak saya terlantar sakit, saya terpaksa menyerahkan pengurusan teksi tersebut pada pihak Koperasi yang mengedalikan organisasi itu. Sejak dari itu tiada lagi sumber pendapatan melalui itu. Saya mempunyai 5 orang anak.
3 lelaki dan 2 orang perempuan. Harapan untuk mendapat sumber kewangan penuh dari mereka adalah terhad kerana masing-masing sudah bekeluarga kecuali seorang yang sedang mengidap penyakit Thalassemia. Gaji mereka juga agak sederhana dan hanya dapat menyumbang sedikit dari keperluan perubatan saya. Anggaran kasar kos sara hidup bertiga iaitu saya, isteri dan anak bongsu kami yang mengidap sakit thalassemia adalah seperti berikut:- a) Penginapan/Rumah RM250.00 b) Bil api & air – RM200 c) Barangan keperluan makanan bulanan – RM400 d) Belian harian keperluan makanan (RM20 x 30hari) – RM600 c) Perubatan (Anggaran berdasarkan 3bulan sebelum termasuk pengangkutan ke hospital – RM300 e) Lain-lain/Kecemasan – RM200 8. Sebahagian mungkin dapat saya tampungi dengan usaha isteri saya dan anak-anak beserta wang simpanan.
Tetapi mungkin saya dan keluarga tidak akan bertahan lama dengan keadaan kos begini sekiranya keadaan saya berterusan mengidap pelbagai penyakit dan berusia. Dengan permohonan dan sekiranya mendapat kelulusan dari pihak tuan saya mengharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh kami sekeluarga sekurang-kurangnya buat sementara waktu sehingga suatu masa kami dapat berdikari semula. Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari saya di atas masa dan ketelusan budi bicara tuan membaca surat permohonan saya ini. Sekian, terima kasih. Pemohon No Kad Pengenalan.